Catatan

Apa Maksud Sebenar Lelaki Dayus?

Imej
Kebanyakkan kita salah faham apa maksud lelaki dayus. Jom tengok pencerahan dan contoh-contoh yang diberikan Ustaz Muhammad Fawwaz. Moga semua dapat manfaat.

Bahaya Menyampaikan Tanpa Mendapat Penjelasan dalam Surah an-Nisaa' 83

Sehari sepotong ayat al-Quran . Mari kita sama-sama hayati tafsir alquran pilihan pada hari ini dan fahami maksudnya. Moga Allah SWT mengembangkan lembayung rahmat-Nya kepada kita, keluarga kita, anak-anak kita serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kita. Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).  ( An-Nisaa' 4:83 ) Sebab turunnya ayat ini Ibnul Jauzi rahimahumallah dalam Zadul Masir menyebutkan bahwa ada dua pendapat tentang sebab turunnya ...

Kisah Asal Usul Batu Hajar Aswad (Black Stone)

Imej
http://islampeace-inside.blogspot.my/ Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata,  "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang s...

Kisah Pohon, Gunung dan Unta Yang Takut Dengan Neraka

Imej
Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il,  "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar." Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat ...

Kerjasama Politik dengan Munafik dalam Surah an-Nisaa' 61-63

Imej
Sehari sepotong ayat al-Quran . Mari kita sama-sama hayati tafsir alquran pilihan pada hari ini dan fahami maksudnya. Moga Allah SWT mengembangkan lembayung rahmat-Nya kepada kita, keluarga kita, anak-anak kita serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kita. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.   ( An-Nisaa' 4:61 ) Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)" .   ( An-Nisaa' 4:62 ) Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, ole...

Ganjaran Untuk Suami Penyabar Di Dalam Surah an-Nisa'

Imej
Sehari sepotong ayat al-Quran . Mari kita sama-sama hayati tafsir alquran pilihan pada hari ini dan fahami maksudnya. Moga Allah SWT mengembangkan lembayung rahmat-Nya kepada kita, keluarga kita, anak-anak kita serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kita Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu) . ( An-Nisaa' 4:19 ) Wahai para suami sekelian, layanlah ...

Mengalir Airmata Menyaksikan Video Ini

Imej
Allahurabbi.. Allahurabbi.. Allahurabbi Video ini mungkin sudah lama diupload di Youtube, tapi bagi sesiapa yang masih belum menyaksikan kehebatan Islam di Kota Iskandariah, Mesir. Saksikanlah. Malam 27 Ramadhan di Mesir. Dengan alunan bacaan doa yang sangat menyayat hati. Anda pasti tersentuh hati.