Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Peperangan

Hakikat Di Sebalik Peperangan Rasulullah S.A.W

Imej
Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun. Pada permulaannya Islam bergerak secara sembunyi, kemudian apabila Islam semakin berkembang, Islam diajar kepada manusia secara terbuka. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha penyebaran agama Islam semakin cerah dan meluas yang membawa kepada penghijrahan  ke Madinah. Pada tahap ini, Islam mula terlibat dengan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.  Namun begitu, Islam bukanlah agama ganas yang mahukan peperangan semata-mata, tetapi peperangan dalam Islam tercetus kerana ada kepentingannya.  Ada tiga alasan mengapa Nabi Muhammad SAW berperang.  Pertama, melawan serangan musuh, seperti yang terjadi dalam perang Badar, Uhud, dan Khandaq. Perang-perang itu untuk mempertahankan diri.        Kedua , memberi pengajaran kepada musuh yang mencari seba...

Peperangan Uhud di Zaman Rasulullah SAW

Imej
Dalam peperangan Uhud, jumlah kaum musyrikin adalah seramai 3000 orang manakala orang Islam hanya 300 orang setelah pemimpin orang-orang munafik, Abdullah bin Saba' mengundurkan diri dan pasukan beliau daripada menyertai peperangan tersebut. Pasukan tentera Islam telah diletakkan di gunung dan Rasulullah saw membuat perancangan yang jitu untuk memenangi pertempuran di mana beliau membahagikan pasukan pemanah di puncak gunung untuk melindungi mereka dari serangan dari arah belakang. Rasulullah saw memberi peringatan kepada pasukan panah itu agar mereka tetap dan tidak berganjak dari tempatnya samada pasukan tentera Islam menang mahupun kalah. Yakni bahawa pasukan pemanah tidak boleh turun dari gunung dan mesti berusaha untuk melindungi tentera-tentera Islam di barisan hadapan. Rasulullah saw berkata kepada mereka. "Lindungilah kami dari belakang. Jika kamu melihat kami sedang bertempur, maka kamu tidak usah turun darinya dan tidak usah menolong kami, dan jika kalian m...