Kerjasama Politik dengan Munafik dalam Surah an-Nisaa' 61-63

Sehari sepotong ayat al-Quran. Mari kita sama-sama hayati tafsir alquran pilihan pada hari ini dan fahami maksudnya. Moga Allah SWT mengembangkan lembayung rahmat-Nya kepada kita, keluarga kita, anak-anak kita serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kita.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (An-Nisaa' 4:61)
Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)". (An-Nisaa' 4:62)
Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka. (An-Nisaa' 4:63)

Hari ini saya nak kongsikan 3 ayat dari surah an-Nisa', bukan hanya 1, sebab ianya saling berkaitan untuk menjelaskan (pada pendapat saya), masalah yang melanda Malaysia pada masa kini.

Sejujurnya saya memang tersenyum sinis masa saya mula-mula terbaca maksud ayat2 surah an-Nisaa' ayat  61 ke 63 seperti di atas.

Sumber gambar: albangikuching

Ingat tak kecoh bulan 12 tahun 2015 yang mana UM** dan P** adakan kerjasama. Tapi seingat saya, ia hanya kerjasama biasa dan bukannya berkenaan politik. Tapi yang digembar gemburkan media massa dan politicians muka tembok ialah bagaimana mereka mahukan perdamaian antara 2 pihak. Kesian kepimpinan P** kena fitnah ye. Kalau ingat dulu arwah TGNA pernah pesan, jangan percaya lagi dengan puak2 UM** ni. Dan 3 ayat atas ni memang sesuai sangat untuk ahli2 UM**.

Dulu benci, tolak hukum Allah, tolak Hudud, bila ada masalah, berbaik semula.
Apa agenda? hihiks..

Mungkin sesetengah orang tidak suka dengan agenda politik yang dikaitkan dengan agama Islam. Tapi ingatlah, setiap pemimpin yang kita pilih dan undi semasa pilihanraya di dunia akan ditanya juga di akhirat nanti. Jangan sampai kita tersilap pilih. Dan jangan sampai disebabkan mereka, kita dihumban kedalam neraka kerana tidak mengkaji dan memerhati permasaalahan politik di negara kita ini. Dan sekiranya pemilihan pemimpin itu akan ditanya di akhirat, adakah anda akan buat sambil lewa sahaja memilih siapa2 tanpa kaji selidik dan usul periksa? Jika anda ingat undi rosak boleh menyelamatkan diri anda dari seksaan api neraka, di mana rasionalnya? Sebab ingat lah, memilih pemimpin yang jujur amanah merupakan tanggungjawab rakyat marhaen. Jika kita tersilap pilih, dan disebabkan tangan kita yang mengundi menyebabkan ramai yang teraniaya, anda jangan fikir tidak ada 'share' dosa untuk anda disebabkan kekhilafan anda sendiri yang tidak mengkaji sebelum mengundi.

Hasil Nukilan,

Lily Elnorah
15.1.2016

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peperangan Uhud di Zaman Rasulullah SAW

Be Strong To Let Go