Ganjaran Untuk Suami Penyabar Di Dalam Surah an-Nisa'
Sehari sepotong ayat al-Quran. Mari kita sama-sama hayati tafsir alquran pilihan pada hari ini dan fahami maksudnya. Moga Allah SWT mengembangkan lembayung rahmat-Nya kepada kita, keluarga kita, anak-anak kita serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kita
Wahai para suami sekelian, layanlah isterimu dengan cara yang baik. Telah tertulis di dalam kitab alQuran untuk menjadi panduan manusia umat akhir zaman. Jika kamu merasa benci sekali pun dengan kelakuan isterimu, janganlah kamu terburu-buru melafazkan cerai. Kerana mungkin Allah SWT hendak menjadikan apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak.
Allahurabbi~
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar~
Rujukan surah: Surah.my
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).(An-Nisaa' 4:19)
Wahai para suami sekelian, layanlah isterimu dengan cara yang baik. Telah tertulis di dalam kitab alQuran untuk menjadi panduan manusia umat akhir zaman. Jika kamu merasa benci sekali pun dengan kelakuan isterimu, janganlah kamu terburu-buru melafazkan cerai. Kerana mungkin Allah SWT hendak menjadikan apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak.
Allahurabbi~
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar~
Rujukan surah: Surah.my
Ulasan
Catat Ulasan