Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Strategi Perang

Hakikat Di Sebalik Peperangan Rasulullah S.A.W

Imej
Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun. Pada permulaannya Islam bergerak secara sembunyi, kemudian apabila Islam semakin berkembang, Islam diajar kepada manusia secara terbuka. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha penyebaran agama Islam semakin cerah dan meluas yang membawa kepada penghijrahan  ke Madinah. Pada tahap ini, Islam mula terlibat dengan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.  Namun begitu, Islam bukanlah agama ganas yang mahukan peperangan semata-mata, tetapi peperangan dalam Islam tercetus kerana ada kepentingannya.  Ada tiga alasan mengapa Nabi Muhammad SAW berperang.  Pertama, melawan serangan musuh, seperti yang terjadi dalam perang Badar, Uhud, dan Khandaq. Perang-perang itu untuk mempertahankan diri.        Kedua , memberi pengajaran kepada musuh yang mencari seba...