Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Kerjasama Politik dengan Munafik dalam Surah an-Nisaa' 61-63

Imej
Sehari sepotong ayat al-Quran . Mari kita sama-sama hayati tafsir alquran pilihan pada hari ini dan fahami maksudnya. Moga Allah SWT mengembangkan lembayung rahmat-Nya kepada kita, keluarga kita, anak-anak kita serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kita. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.   ( An-Nisaa' 4:61 ) Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)" .   ( An-Nisaa' 4:62 ) Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, ole

Ganjaran Untuk Suami Penyabar Di Dalam Surah an-Nisa'

Imej
Sehari sepotong ayat al-Quran . Mari kita sama-sama hayati tafsir alquran pilihan pada hari ini dan fahami maksudnya. Moga Allah SWT mengembangkan lembayung rahmat-Nya kepada kita, keluarga kita, anak-anak kita serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kita Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu) . ( An-Nisaa' 4:19 ) Wahai para suami sekelian, layanlah

Mengalir Airmata Menyaksikan Video Ini

Imej
Allahurabbi.. Allahurabbi.. Allahurabbi Video ini mungkin sudah lama diupload di Youtube, tapi bagi sesiapa yang masih belum menyaksikan kehebatan Islam di Kota Iskandariah, Mesir. Saksikanlah. Malam 27 Ramadhan di Mesir. Dengan alunan bacaan doa yang sangat menyayat hati. Anda pasti tersentuh hati.

Hakikat Di Sebalik Peperangan Rasulullah S.A.W

Imej
Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun. Pada permulaannya Islam bergerak secara sembunyi, kemudian apabila Islam semakin berkembang, Islam diajar kepada manusia secara terbuka. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha penyebaran agama Islam semakin cerah dan meluas yang membawa kepada penghijrahan  ke Madinah. Pada tahap ini, Islam mula terlibat dengan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.  Namun begitu, Islam bukanlah agama ganas yang mahukan peperangan semata-mata, tetapi peperangan dalam Islam tercetus kerana ada kepentingannya.  Ada tiga alasan mengapa Nabi Muhammad SAW berperang.  Pertama, melawan serangan musuh, seperti yang terjadi dalam perang Badar, Uhud, dan Khandaq. Perang-perang itu untuk mempertahankan diri.        Kedua , memberi pengajaran kepada musuh yang mencari sebab atau bersekongkol mengganggu kaum muslim meskip

Peperangan Uhud di Zaman Rasulullah SAW

Imej
Dalam peperangan Uhud, jumlah kaum musyrikin adalah seramai 3000 orang manakala orang Islam hanya 300 orang setelah pemimpin orang-orang munafik, Abdullah bin Saba' mengundurkan diri dan pasukan beliau daripada menyertai peperangan tersebut. Pasukan tentera Islam telah diletakkan di gunung dan Rasulullah saw membuat perancangan yang jitu untuk memenangi pertempuran di mana beliau membahagikan pasukan pemanah di puncak gunung untuk melindungi mereka dari serangan dari arah belakang. Rasulullah saw memberi peringatan kepada pasukan panah itu agar mereka tetap dan tidak berganjak dari tempatnya samada pasukan tentera Islam menang mahupun kalah. Yakni bahawa pasukan pemanah tidak boleh turun dari gunung dan mesti berusaha untuk melindungi tentera-tentera Islam di barisan hadapan. Rasulullah saw berkata kepada mereka. "Lindungilah kami dari belakang. Jika kamu melihat kami sedang bertempur, maka kamu tidak usah turun darinya dan tidak usah menolong kami, dan jika kalian m

Cara Mengukur Keelokan Islam Pada Seseorang

Sabda nabi SAW yang bermaksud;  “Antara keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tiada kena mengena dengannya.” Zaman sekarang ini memang patut kita hayati betul-betul hadis nabi di atas. Sebabnya kalau diperhatikan terutama sekali di facebook dan semua media2 sosial yang ada sekarang, orang ramai suka sangat beri komen dan pendapat yang tidak penting, malahan ada sesetengahnya menyakit kan hati dan perasaan orang lain tanpa dia sedari atau tidak. Se perti contoh, jika seorang selebriti di Malaysia memuat naik gambarnya dengan isteri dan madunya. (jika beristeri dua), maka netizen sekalian akan memenuhkan ruang2 komen dengan komen negatif dan positif. Ada juga yang menabur fitnah sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain. Untuk apa? Untuk apa kita sibuk dengan urusan orang lain yang tiada kena mengena dengan kita walhal urusan kita di dunia ini pun belum selesai. Berapa banyak amal yang akan kita bawa kelak untuk hidup kita di akhirat nanti? Cuk