Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Cinta Kerana ALLAH atau Cinta Kerana NAFSU??

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?  Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.  Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan men

Jom Hayati Terjemahan Surah Al-A'laa

Imej
Baca lebih lanjut di blog Manhassan Recitation surah al-a'la

Cara Mengawal Rasa Cemburu Dalam Rumah Tangga

Menurut ‘Abdullah bin Syaddad, ada dua jenis ghirah. Pertama, ghirah yang dengannya seseorang dapat memperbaiki keadaan keluarga. Kedua, ghirah yang dapat meyebabkannya masuk neraka. Ditinjau dari nilainya di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala, cemburu ada dua macam. Dalam sebuah hadist disebutkan, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi was allam bersabda: أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ قَالَ: إِنَّ مِنَ الْغِيْرَةَ مَا يُحِبُّ اللهُ وَمِنْهَا مَا يَبْغُضُ اللهُ فَالْغِيْرَةُ الَّتِيْ يُحِبُّ اللهُ الْغِيْرَةُ فِيْ الرَّيْبَةِ وَالْغِيْرَةُ الَّتِيْ يَبْغُضُ اللهُ الْغِيْرَةُ فِيْ غَيْرِ الرَّيْبَةِ “Ada jenis cemburu yang dicintai AllahSubhanahu wa Ta’ala, adapula yang dibenci-Nya. Yang disukai, yaitu cemburu tatkala ada sangkaan atau tuduhan. Sedangkan yang dibenci, yaitu adalah yang tidak dilandasikeraguan” [1] Disebutkan di dalam hadits, bahwa Saad bin Ubadah Radhiyallahu ‘anhu berkata: قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِيْ لَضَر

Dengki Yang Dibenarkan

Imej
Dengki Yang Dibenarkan عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا Dari Abdullah bin Masud, Nabi SAW bersabda: "Tidak boleh mendengki kecuali pada dua perkara; (1) Orang yang Allah berikan harta lalu dia pergunakan harta tersebut di jalan kebenaran (mengalahkan perasaan kikirnya) dan (2) Orang yang Allah berikan hikmah lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain".(HR Bukhari No: 71) Pengajaran: 1. Dengki dan iri hati kepada orang hanya dibenarkan dalam 2 perkara: a. Orang yang Allah berikan harta lalu digunakan harta tersebut pada jalan Allah seperti wakaf, sedekah, derma dan sebagainya. b. Orang yang Allah berikan ilmu lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain. 2. Haram hukumnya jika kita memiliki si

Be Strong To Let Go

Imej
Tiada siapa yang mahukan kehilangan orang tersayang, harta benda dan juga segala yang nampak baik di dunia ini. Tapi kadang2 kita kena belajar melepaskan seseorang yang kita sayang kerana takdir telah tertulis begitu dalam hidup kita. Redha je. Berserah pada Allah. Kerana hati dan perasaan kita ni pun milik Dia. La hawla wala quwwata illa billah. Subhanallah. Allahuakbar.

Apa Maksud Sebenar Lelaki Dayus?

Imej
Kebanyakkan kita salah faham apa maksud lelaki dayus. Jom tengok pencerahan dan contoh-contoh yang diberikan Ustaz Muhammad Fawwaz. Moga semua dapat manfaat.

Bahaya Menyampaikan Tanpa Mendapat Penjelasan dalam Surah an-Nisaa' 83

Sehari sepotong ayat al-Quran . Mari kita sama-sama hayati tafsir alquran pilihan pada hari ini dan fahami maksudnya. Moga Allah SWT mengembangkan lembayung rahmat-Nya kepada kita, keluarga kita, anak-anak kita serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kita. Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).  ( An-Nisaa' 4:83 ) Sebab turunnya ayat ini Ibnul Jauzi rahimahumallah dalam Zadul Masir menyebutkan bahwa ada dua pendapat tentang sebab turunnya

Kisah Asal Usul Batu Hajar Aswad (Black Stone)

Imej
http://islampeace-inside.blogspot.my/ Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata,  "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang s

Kisah Pohon, Gunung dan Unta Yang Takut Dengan Neraka

Imej
Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il,  "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar." Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat

Kerjasama Politik dengan Munafik dalam Surah an-Nisaa' 61-63

Imej
Sehari sepotong ayat al-Quran . Mari kita sama-sama hayati tafsir alquran pilihan pada hari ini dan fahami maksudnya. Moga Allah SWT mengembangkan lembayung rahmat-Nya kepada kita, keluarga kita, anak-anak kita serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kita. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.   ( An-Nisaa' 4:61 ) Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)" .   ( An-Nisaa' 4:62 ) Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, ole

Ganjaran Untuk Suami Penyabar Di Dalam Surah an-Nisa'

Imej
Sehari sepotong ayat al-Quran . Mari kita sama-sama hayati tafsir alquran pilihan pada hari ini dan fahami maksudnya. Moga Allah SWT mengembangkan lembayung rahmat-Nya kepada kita, keluarga kita, anak-anak kita serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kita Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu) . ( An-Nisaa' 4:19 ) Wahai para suami sekelian, layanlah

Mengalir Airmata Menyaksikan Video Ini

Imej
Allahurabbi.. Allahurabbi.. Allahurabbi Video ini mungkin sudah lama diupload di Youtube, tapi bagi sesiapa yang masih belum menyaksikan kehebatan Islam di Kota Iskandariah, Mesir. Saksikanlah. Malam 27 Ramadhan di Mesir. Dengan alunan bacaan doa yang sangat menyayat hati. Anda pasti tersentuh hati.

Hakikat Di Sebalik Peperangan Rasulullah S.A.W

Imej
Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun. Pada permulaannya Islam bergerak secara sembunyi, kemudian apabila Islam semakin berkembang, Islam diajar kepada manusia secara terbuka. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha penyebaran agama Islam semakin cerah dan meluas yang membawa kepada penghijrahan  ke Madinah. Pada tahap ini, Islam mula terlibat dengan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.  Namun begitu, Islam bukanlah agama ganas yang mahukan peperangan semata-mata, tetapi peperangan dalam Islam tercetus kerana ada kepentingannya.  Ada tiga alasan mengapa Nabi Muhammad SAW berperang.  Pertama, melawan serangan musuh, seperti yang terjadi dalam perang Badar, Uhud, dan Khandaq. Perang-perang itu untuk mempertahankan diri.        Kedua , memberi pengajaran kepada musuh yang mencari sebab atau bersekongkol mengganggu kaum muslim meskip

Peperangan Uhud di Zaman Rasulullah SAW

Imej
Dalam peperangan Uhud, jumlah kaum musyrikin adalah seramai 3000 orang manakala orang Islam hanya 300 orang setelah pemimpin orang-orang munafik, Abdullah bin Saba' mengundurkan diri dan pasukan beliau daripada menyertai peperangan tersebut. Pasukan tentera Islam telah diletakkan di gunung dan Rasulullah saw membuat perancangan yang jitu untuk memenangi pertempuran di mana beliau membahagikan pasukan pemanah di puncak gunung untuk melindungi mereka dari serangan dari arah belakang. Rasulullah saw memberi peringatan kepada pasukan panah itu agar mereka tetap dan tidak berganjak dari tempatnya samada pasukan tentera Islam menang mahupun kalah. Yakni bahawa pasukan pemanah tidak boleh turun dari gunung dan mesti berusaha untuk melindungi tentera-tentera Islam di barisan hadapan. Rasulullah saw berkata kepada mereka. "Lindungilah kami dari belakang. Jika kamu melihat kami sedang bertempur, maka kamu tidak usah turun darinya dan tidak usah menolong kami, dan jika kalian m